
Sekiranya anda pengguna Unifi, ini adalah berita baik untuk anda. Pihak TM mengumumkan penaik taraf Unifi sehingga kelajuan 10 kali ganda. Harga langganan tetap sama menjadikan ia berita yang amat menggembirakan.
Menurut TM, ia akan dijalankan secara berperingkat bermula 15 ogos 2018.

Barita Baik untuk pelanggan sedia ada streamyx. Menurut Telekom Malaysia, bermula 15 Julai 2018 kelak, pengguna Streamyx boleh membuat permohonan naik taraf ke Unifi. Sekiranya lokasi tidak disokong Unifi, mereka akan menerima naik taraf kepada dua kali ganda kelajuan. Bergantung kepada sokongan teknikal dan sebagainya.
Sekiranya anda adalah pengguna streamyx. Ini merupakan berita baik untuk anda. :)

Perkhidmatan Dompet Tanpa Tunai RazerPay telah dilancarkan yang mensasarkan lebih kepada golongan peminat permainan video. Menerusi RazerPay, pengguna boleh menambah nilai kredit talian pra-bayar telefon, zGold, iFlix, njoi, Steam Wallet, Garena, PlayStation Network, Blizzard dan banyak lagi. Jumlah kredit di dalam Razer Pay boleh ditambah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian utama atau pin Razer Pay yang boleh dibeli di rangkaian 7-Eleven,

Apa yang menariknya, sekiranya anda mendaftar hari ini,anda akan menerima kredit berharga RM10 secara PERCUMA. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apps Store.

Xiomi kini mengeluarkan mouse untuk gaming dengan mempunyai DPI sebanyak 7200dpi. Mi Gaming Mouse ini mempunyai dua pilihan penyambungan sama ada berwayar atau juga tanpa wayar (wireless). Mouse ini mempunyai sebanyak 5 butang yang boleh diprogramkan. Dua butang dibawah Roda Scroll adalah untuk melaraskan dpi.
Apa yang menarik mengenai mouse ini adalah butang ini boleh digunakan untuk tukar kepada mod menembak dengan lebih tepat.Mouse ini menyalakan lampu berkaler hijau pada roda scroll.
Ia telah dijual di Cina dengan harga RMB249 (Sekitar RM155) Sahaja.

Komputer Gaming Dell G5 Desktop telah pun berada dipasaran Malaysia dengan harga serendah RM3,999 sahaja. Berikut merupakan spesifikasi desktop ini.
Jika berminat untuk membeli model ini, bolehlah hubungi kaunter pelanggan kami.

Zaman sekarang jarang komputer/laptop yang dipasang pemain cakera. Oleh sebab itu, instalasi window agak sukar untuk dilakukan kerana instalasi window adalah didalam disk. Untuk perkongsian kali ini,saya akan berkongsi bersama anda bagaimana untuk menjadikan pendrive sebagai bootable window anda.