• 011-1090 1303
  • Sabtu - Khamis: 9:00pg - 6:00ptg
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Mengenai Kami - FMZ NET SOLUTIONS

Mengenai Kami


FMZ Net Solutions ditubuhkan pada 7 Mac 2007 dengan beridentitikan syarikat milik perseorangan, Noor Fazzle bin Mohd Zawawi dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) 1956 (pindaan 1987). FMZ Net Solutions juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas no. rujukan pendaftaran 357-02160476. FMZ Net Solutions adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang mana teras utama syarikat adalah dalam bidang membaikpulih dan membekalkan barangan komputer dan laptop kepada pelanggan.

FMZ Net Solutions mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dengan komputer dan juga laptop.

FMZ Net Solutions juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan

VISI MISI FALSAFAH


VISI
Menjadi peneraju Utama dalam bidang ICT yang berdaya maju dan mampu bersaing di semua peringkat di dalam dan luar Negara
MISI
Memberi perkhidmatan dan servis yang berkualiti dan berpatutan.
FALSAFAH
Kami berusaha untuk memastikan kakitangan kami supaya sentiasa memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan kepuasan
pelanggan serta permintaan di masa hadapan.

KEPAKARAN KAMI

Kepakaran Kami Dalam Membantu Anda Menyelesaikan Masalah Komputer, Laptop Dan Printer Dengan Kualiti Servis Yang Terbaik Dan Terpantas. Kami Telah Menyelesaikan Pelbagai Jenis Masalah Komputer, Laptop dan Printer Pelbagai Jenama Dan Telah Membantu Ramai Pelanggan Kami. Usah Ragu Lagi.

" One Stop ICT Center "